Saturday, November 7, 2009

YAKJUJ DAN MAKJUJ?

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang
pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus
diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber
itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.
"Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi
mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".
"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang
untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami
baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah
tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga
sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10
kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka
juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti
kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau
dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat
perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu
ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan
dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem
otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole
menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan
hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka
Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat
meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan
bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam
buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka
tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di
dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang
manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang
Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa
persoalan.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup
bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah
dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa -
telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak
menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat
dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi
amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos
ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole
Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk
mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA
telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan
sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan
juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata
sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan
makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan
masih tidak diketahui.

1 comment:

  1. sumber tidak dapat dipastikan benar atau tidak, sekadar renungan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...