Semalam, TM telah pun melancarkan Unifi, iaitu jalur lebar kelajuan tinggi atau high speed broadband (HSBB). Jom kita tengok beberapa fakta mengenai Unifi ini.
Pakej | Kelajuan | Bandwidth | Bil bulanan |
VIP 5 | 5 Mbps | 60GB | RM 149.00 |
VIP 10 | 10 Mbps | 90GB | RM 199.00 |
VIP 20 | 20 Mbps | 120GB | RM 249.00 |
Pakej di atas adalah pakej untuk pengguna biasa sahaja; terdapat pakej lain untuk bisnes iaitu biz 5, biz 10 dan biz 20.
Seperti yang kita lihat, kelajuan yang ditawarkan oleh TM agak menarik kerana anda boleh dapat kelajuan hingga 20 Mbps, lebih kurang 20 kali ganda kelajuan streamyx 1Mbps yang ramai orang guna sekarang. Harganya pula tidak terlalu mahal, jika RM149 dan RM199 tu saya rasa ramai yang mampu pakai. Kalau untuk satu rumah kongsi bayar ramai-ramai la.
Akan tetapi, pakej VIP 5, VIP 10 dan VIP 20 ada limitasi dari segi bandwidth. Itu yang kurang seronok bagi pengguna tegar internet. Internet dah laju, kan seronok kalau boleh download macam2 file saiz besar, stream video HD dll. Setakat 60GB-120GB bandwidth tu sekejap sahaja boleh habis guna, lebih2 lagi jika pakai kat rumah sewa. Satu rumah 10 orang sekali pakai. Silap2 tak sampai sehari dah exceed bandwidth yang TM tetap ini.
Saya sendiri hairan kenapa penyedia internet di Malaysia meletakkan bandwidth yang terhad bagi pakej internet jalur lebar. Sepatutnya pengguna dah bayar mahal jadi boleh la guna buat apa sahaja, bebas tanpa sekatan. Kalau setakat nak buka facebook dan chatting ym rasanya tak perlu pakai sampai 20 Mbps, pakai 3g pun dah cukup.
Oh ya, Unifi buat masa sekarang boleh didapati di beberapa kawasan sahaja iaitu; Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Kawasan lain akan di-cover pada masa hadapan.
Ketika artikel ini ditulis, nampaknya TM masih mengemaskini website mereka, Unifi – http://www.unifi.my. Lain2 berita akan kami update lagi, itu pun jika berita itu menarik la.
No comments:
Post a Comment