Husam Tokoh PAS Yang Dicemburui dan Digeruni UMNO BN
Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam bukan sahaja menjadi tumpuan kepada ahli PAS dan rakan pakatannya, tetapi juga mendapat perhatian serius daripada lawannya UMNO. Masing-masing memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden PAS. Antara Ustaz Nasaruddin, Husam dan Mohd Sabu, siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan PAS? Saya yakin hampir 100% perwakilan telah menetapkan pilihan mereka. Terlalu sukar untuk menukar selera pilihan perwakilan kecuali ada cerita baru beserta bukti tidak enak calon pilihan asal. Perwakilan PAS bukan seperti perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO akan merelakan segala bentuk fitnah dan dosa. Manakala perwakilan PAS sentiasa mendambakan pahala sebanyak mungkin. Solat sunat istikharah akan mengiringi perwakilan PAS di muktamar ini.Muktamar PAS kali ini seharusnya lebih berorientasikan pemerintahan. PR diyakini akan memerintah Malaysia selepas PRU 13. Dalam tempoh masa berbaki yang mungkin kurang tiga tahun, PAS harus menyediakan pimpinan yang boleh diterima oleh bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS sendiri, tetapi juga boleh diterima oleh rakan pakatan serta penyokong-penyokong tidak berparti. Penyokong senyap di pihak lawan juga sedang menanti tokoh nombor dua PAS di muktamar ini.Ada di kalangan rakan-rakan yang bertanyakan siapa calon pilihan saya? Saya bukan perwakilan PAS. Saya ahli tiga parti. Saya ahli UMNO tetapi saya tidak tahu siapa yang daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Saya ahli PAS. Saya isi borang PAS pada tahun 1998. Saya bayar yuran RM5.00. Kemudian saya tidak tahu sejauh mana status keahlian saya. Setahun kemudian, saya menyertai keADILan. Perit dan payah menyertai parti baru. Bagaimanapun alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment