Friday, October 9, 2009

MATAN PENYEDIAAN VCD RAYUAN PENGUNDI TENTERA DI KEM-KEM ASKAR UNTUK PILIHAN RAYA KECIL DUN 31 BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN

Kategori: Politik
1. Kedudukan tuan-tuan sebagai tentera sudah betul dan cukup bertepatan dari segi Islam.

2. Mahu tidak mahu kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawad dan pembarisan, peluru, senjata senapang dan M16 termasuk bom, letupan, jip, trak, kereta kebal dan kapal selam.

3. Dihujung niat tuan-tuan, tentu sekali tidak ada yang lain selain dari hidup dan matiku kerana Allah seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali sembahyang “inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbi ‘alamin.” Inilah unsur keikhlasan dan kesucian niat yang boleh membawa kepada syahid dan syuhada’ jika takdirnya mati terkorban ketika menjalankan tugas. Dalam hal ini, tentu sekali selaku orang Islam, kita mahu dan perlu mempertahankan kebenaran.

4. Jika dalam medan perang, kita memburu dan memerangi musuh. Dalam pilihan raya, kita menolak parti sekular. Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan? Di mana susahnya? Gertakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah telah berani bersama dengan PAS. Begitu juga dengan lima buah negeri Pakatan Rakyat. Mereka hidup senang lenang dan tidak ada banyak masalah. Apa nak disusahkan dengan pembangunan. Duit membuat pembangunan itupun duit rakyat. Buatlah pembangunan dan itu untuk rakyat. Jika didalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya, kita guna pensel. Guna kalam. Selaku perwira yang gagah berani di medan tempur, kita juga harus berani menentang rasuah, kezaliman dan pihak atau parti yang menolak Islam.

5. Kesimpulannya, pada kali ini marilah kita benar-benar buktikan bahawa slogan “satu peluru satu musuh” diamalkan. Jangan bazirkan walau satu undi. Sebagaimana kita gunakan jari kita untuk memetik hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan untuk diberikan kepada parti bulan.

6. Dengan satu undi itu, tuan-tuan boleh kata dengan tegas di akhirat nanti bahawa “Ya Allah, aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu, telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam.

”Undilah PAS. Undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di Akhirat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PASNegeri Kelantan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...