Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk
ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak
memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
******************************************************************************
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan
sebagainya
Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.
Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
*
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuanagama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskandiri
bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram.
Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg
alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya
tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut
ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya
menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga
akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika
membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak
menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam.
Bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
*****************************************************
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak
harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari
api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan
batu-batu...."
******************************
No comments:
Post a Comment